Coway Malaysia Lancarkan “Happy Water Project”
Bagi Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat Buat Rakyat Malaysia Dapatkah kita bayangkan, bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita tidak memperoleh sumber air bersih untuk digunakan dalam kehidupan seharian? Bekalan air terputus dalam tempoh beberapa jam sahaja sudah cukup menggusarkan, bukan? Walaupun rata-rata daripada kita memperoleh bekalan air yang mencukupi di zaman moden ini, namun masih ada lagi rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran bagi mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan mereka setiap hari. “HAPPY WATER PROJECT” Atas keprihatinan terhadap kepentingan air sebagai keperluan utama, Coway Malaysia sangat berbesar hati melancarkan “Happy Water Project” demi melunaskan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) terhadap rakyat Malaysia. Projek ini bertujuan membekalkan air yang berkualiti, bersih dan selamat khusus buat mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan bekalan air bersih. Sebagai pakar dan pembek
Comments
Post a Comment